Search This Blog

Tuesday 28 June 2011

Pengalaman Rasullah Di Malam Isra' Mi'raj

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
 "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah,
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"
Perempuan tidak mahu mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan
menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 "AKU BERDIRI DI ATAS SYURGA, KEBANYAKAN YANG MASUK KE DALAMNYA ADALAH GOLONGAN MISKIN DAN ORANG KAYA TERTAHAN DI LUAR PINTU SYURGA KERANA DIHISAB. SELAIN DARIPADA ITU AHLI NERAKA DIPERINTAHKAN MASUK KE DALAM NERAKA, DAN AKU BERDIRI DI ATAS PINTU NERAKA, KU LIHAT KEBANYAKAN YANG MASUK KE DALAM NERAKA ADALAH PEREMPUAN."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." -Hadis Riwayat Bukhari-

Friday 6 May 2011

Umiiiiiii....nak kek!

Umiiiiiii...nak kek...
Abaaaaaahhh...nak kek...

haaaa..malam kelmarin anak ku yang bongsu merengek minta kek.Biasa dalam peti ais mmg saya sentiasa ready kan snack utk dorg kunyah...tapi dah hampir sebulan peti ais tu 'membosankan' dorg. Dalam keadaan demam, saya tak larat nak buat..tapi bila dengar anak merintih..sayu hati ini.

'Baikla nak, esok umi buat...' itu la yang saya bermonolog dalam hati.. Esok, lepas balik dari klinik, saya singgah supermarket dan memborong bahan2 nak wat kek. Suami plak request nak kek batik. huhuu mana semangat yang meresap dalam badan..saya buat 2 jenis kek. Kek batik dan Kek Coklat..wwaaaaaaahhhhh....masa buat tak rasa penat...dah siap, x sempat nak basuh yang dalam sinki, lembik terus badan saya. :(

Tapi..bila tngok anak2 dan suami enjoy the food...sronok nye hati ni. Rasa bebaloi badan jadi lembik mcm ni. Terutama sekali Awwal Soffian yang makan berulang kali...Yasmine memang x suke makan...dia hanya makan bile dia sgt2 lapar. Ini la hati seorang ibu...(Gambar akan dtayangkan sbntar lgi ~ problem plak card reader ni..

Tuesday 3 May 2011

Doa Agar Anak-anak Mengerjakan Solat

Sahabat-sahabat..ibu, ummi, mak, mama, mummy dan kaum bapa juga..
jom cuba doa ini..saya dapat daripada seorang sahabat. saya kagum tngok anak2 beliau...meskipuan ank2 lelaki yang sdg membesar, ligat, mcm2 projek ada je yang dibuatnye umur diantara 5 - 15 tahun...tapi seligat mana pun, saya tabik spring bila mana anak2 beliau ( yg bukan dr aliran agama ) cukup jaga solatnye. rupe2 sahabat saya mengamalkan doa ini...dan percayalah azimat kalimah Allah ini sgt berkuasa dgn izinnye..InsyaAllah..amin..

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40


رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ


“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring,
our Lord! And accept my invocation.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Bercuti? Yeeeeyyyy....

Bercuti? bukan mudah nak ajak suami bercuti... tapi memandangkan kbetulan holiday labour's day bdekatan dgn our Anniversary..yyiipppiiiiii.....akhirnye ABAH bawa juga saya dan anak2 bercuti..walaupun kecewa hotel dan resort penuh, kami terus mnetapkan lokasi.

BOWLING
dah acap kali Yasmine ajak kami main bowling. jadi suami buat plan on 1st mei kami g one Utama utk main bowling di sana ( kbtulan nk cari swimming suit Arena kat sana). kekecewaan menrpa d wajah Yasmine ktika smpi sana, sbb all lane penuh. Pkol 2 bru free. Abah tngok jam baru pkol 12. urgh...apa nak buat 2 jam ni? Arena akan dibeli masa nak balik nanti...hmmmm...pk, pk, pk dan pk at last..abah bagi cdgn 'MAKAN' (aktiviti yang paling Yasmine x suke). we just take light lunch...we bought Auntie Anne, Cnnabon dan mnum Float A&W...hmmmm enjoy d food!

masa yang ditggu pun tbe..saya minta 2 game je..yeeeyyy...pengalaman baru utk yasmine n abah. yasmine kali ke dua dan abah kali pertama main. jadi, kami main dgn main2..enjoy it...cume yasmin nmpk bersungguh2 n frust sbb x dpt lagi skill yg dia nak guna. bola tlalu berat utk dia (kat situ paling ringn saiz 6) bola tu lg berat dari badan dia kot. pelbagai cara saya ajar dia,,at last, Abah dapat carikan dia formula. waaahh kemain sronok Yasmine hatta 1pin yg jatuh. dalam keghairahan, yasmin minta lagi satu game..n slps bg reason kat abah, abah pun stuju utk tmbaah satu lg game. yasmine nye markah mningkat dari game ptama hanya dapat 8markah up ke 13 markah dan at last game dia dapat 27 markah...hmmm...i luv Yasmine. never give up! good Job! hihih

o0o0o nak selit cete yang tension..Abah not very enjoy sbb sakit perut. asik mengulang bilik air. dan untuk my boy, Awwal Soffian mengakhiri cuti nye dgn tangisan...sbb jari nye digelek oleh bola bowling yg sgt berat utk jarinye, bengkak ~biru~ dan dia nangis tanpa henti...oh Allah...aku sgt takut pd saat itu. tpi..ke'cool'an suami ku meresap dalam diriku...dan Awwal tertido dalam tangisan tu.. Maaf kan umi Awwal...

Sampai di Kuala Kubu Bharu di saat azan Isyak berkumandang..semua keletihan. anak2...lepas membersihkan diri terus tertido...yasmine tdo dgn sgt lena...yes...serta kepuasan yang tggi..Holiday kkami diteruskan dgn acara kemuncak esok nye...Sunway Lagoon..we are coomiiiinggg...yeeeyyyy


Sunday 24 April 2011

PESTA BUKU 2011 @ PWTC

yeeeeeeeeeeyyyyyy.....Acara tahunan yang sentiasa saya update dlm life saya. I love book..love read..love book... Saya, Yasmin (my girl) dan anak buah: Razzanah Qurratuaini ( dia juga sorg ulat buku).... Dah hampir 2 tahun saya tak dapat membeli dengan puas...but tahun ni saya telah meng'qadak'kan hajat saya. Syyookk...saya dapat berjumpa dengan penulis feveret saya iaitu saudara Abdul Talib Latip. Penulisan beliau menjadikan saya merasai zaman kegemilangan Islam.


Selain itu, saya tak ketinggalan buku terbaru dari Muhammad Alexander ( bestseller 2010 maybe buku YAKJUj MAKJUj) dan..terkini Armagedon 2012. saya menghadap buku ni sehari semalam..tapi perlu direpeat semula..sbb ada bbrapa fakta yang saya keliru dan tak paham.


Yasmine..dia memborong buku2 cerita...antaranya keluaran Ana Muslim (Buy 5 free 1), buku kreativiti (make duck with clay), keluaran karangkraf pun ada gak...tajuknye AMIR NAK JADI DOKTOR penulis nye saya x ingat la... waaahhh seronok nye dia dgn buku. dan sgt terharu, dia request dgn saya untuk tambah bajet rm12.00 sebab dia nak beli buku latihan untuk tahun 1. :) sejuk perut saya... smoga Yasmin akan kekal minat dan manfaat kan buku.


Saya tak lupakan untuk Awwal...belikan dia kamus bergambar..waaahh kemain lagi...bila dapat buku tu, sangat gembira reaksi dia...dan dia taat membaca buku tu sehingga ke hari ini (hari ke-3)..dia takutkan saya dengan gambar cicak ( saya jenis takut dengan serangga)..so fun la bile dia menyakat ummi dia ni.


hmmm..bila bercakap tentang buku, bibir saya akan mengukir senyuman.. saya bahagia dengan buku...
kepada yang belum ke sana, pergi cepat2.syoookkk wooo...

Thursday 14 April 2011

Bagaimana Wardina Ajar Anak Solat 5 Waktu

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Friday 8 April 2011

Kesukaan dan Kegilaan Anak Ku


1. UPIN & IPIN

Kalau cete ni ada di mana2 saja..hatta mendengar suare Upin Ipin ni diorang bole bertoleh, belari, berhenti dan diam untuk dengar dan hayati. Termasuklah Umi nye..hik hik hik... So far, cete ni mempunyai mesej yang baik, contoh yang bole dijadikan tauladan jadi aku sgt hepi dan sgt x kisah jika ini menjadi hidangan dan santapan rohani mereka. Contoh : kakak pernah berbual dgn ku 'umi, kesian kan Upin Ipin x ada mak bapak lagi. nasib baik Min ada Umi...bole Min sambut Hari Ibu' hmmm...contoh yang baik kan. Upin Ipin ajar dia menghargai kwujudan ibu bapa. then kakak pun tolong basuh pinggan...ceh ceh ceh...bahagia... Betol betol betol.....

2. KUCING

Kalau bab kucing...sesungguhnye mereka sgt sayang kan kucing. Bagi aku la...kucing memberi kesan yang positif dalam hidup anak2 ku. Kucing mengajar mereka menjadi seorang yang penyayang, caring, btggjwb dan sensitif dgn perasaan org lain. dorg ada sepasang kucing ksygan.. Molly & Fiffy..sekor Parsian dan sekor lagi kucing kampung. Nnt aku upload gmbar dorg.. apa2 pun terima kasih to abah...sbb abah slalu tlg setel kan litter M&F...thank you abah! Pengumuman...sesape nak kawin kan kucingnye dengan kucing jantan saya (parsian) bole email saya ye... Sbb Fiffy not ready to get kawin. hik hikhik





aku akan sambung post ni kendian...sbb rumah sudah sepah..hihihih jgn lupa jenguk lagi ye... anakkuterbaik.blogspot.com

i, Ofis & desserts